<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/37338419?origin\x3dhttp://voip80-6.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

Wednesday, November 08, 2006

Sebuah Pesan Untukmu

Seorang Mukmin Sejati

Apabila seorang mukmin itu mempertajam hati atau jiwanya
Ditajamkan lagi dengan rasa bertuhan dan rasa kehambaan
Kemudian dia berfikir dan berfikir Maka dia akan jadi orang yang cepat cerdik dan pandai Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Rasululah SAW
Bangsa Arab yang tidak tahu menulis dan membaca dididik olehnya Berhadapan dengan bangsa Rom dan Parsi yang bertamadun yang menguasai dunia di waktu itu. Sedangkan bangsa Rom dan Parsi hanya mengasah akalnya semata-mata,Maka menjadilah mereka orang yang pandai. Tapi Rasulullah mengasah akal dan jiwa bangsa arab dan bangsa2 yang mengikutinya. Maka dengan masa yang singkat sahaja yaitu 23 tahun Umat Islam menjadi umat yang cepat pandai dan cerdik. Akhirnya di dalam masa 30 tahun umat Islam menguasai se dunia Fakta sejarah ini patut orang Islam mengetahui dan mengambil pengajaran dari padanya Untuk mengejar tamadun barat dan timur yaitu komunis
Tajamkan jiwanya dan akalnya serentak Umat Islam akan cepat menjadi cerdik dan pandai. Mengatasi timur dan barat yang hanya semata2 mempertajam akalnya. Tapi malangnya umat Islam jiwanya sudah buta Akalnya pula tidak digunakan seperti apa yang digunakan oleh orang barat dan timur. Sedangkan mereka di waktu ini sudah lebih maju dan bertamadun dari umat Islam. Bagaimanakah umat Islam dapat mengalahkan mereka. Maka oleh itu umat Islam kenalah ubah sikapnya Jangan hanya mempertajam kan akal seperti yang sedang hendak dilakukan sekarang Tapi yang lebih utama jadikan tapaknya itu mempertajamkan jiwa lebih dahulu Di atas ketajaman jiwa itulah bawalah berfikir dan terus berfikir Manfaatnya nanti sangat luar biasa yaitu akan melahirkan ilmu-ilmu yang dalam dan seni yang menakjubkan dunia


Faham Perbuatan dan Peranan Tuhan Keatas Diri Kita

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM

Untuk menyelamatkan diri kita,
Perbuatan Tuhan dan peranan Tuhan yang berlaku kepada diri kita,
Hendaklah kita faham,
Supaya kita pandai menerimanya mengikut kehendak Tuhan,

Kalau kita dikayakan Tuhan,
Tuhan memberi isyarat kepada kita,
Sebahagian kekayaan Tuhan ada pada kita,
Dan menyuruh kita pemurah supaya kita dapat pahala pemurah,

Kalau kita disusahkan seperti miskin atau sakit,
Tuhan memberi isyarat kalau kita berdosa diampunkan,
Kalau kita tidak berdosa
Mendapat derajat dan pangkat disisi Tuhan,
Supaya kita dapat pahala sabar,
Kerana pahala sabar itu tidak terkira-kira
Tidak disukat-sukat oleh Tuhan

Kalau kita berkuasa Tuhan memberi isyarat kepada kita,
Bahawa sebahagian daripada kekuasaan Tuhan dijelmakan kepada kita,
Supaya kita melihat kebesaran Tuhan ada kepada kita,
Dan memberi isyarat juga kepada kita supaya kita dapat pahala adil,
Sebab pahala adil itu besar,
Satu saat berlaku adil,
lebih besar pahalanya daripada pahala ibadah seribu tahun.


Sedekah

Bismillahirrahmaanirrahim

Sedekah itu banyak aspeknya,
Yaitu setiap kebaikan yang kita beri kepada orang,
Samada bersifat maddi atau maknawi, sedekah namanya,
Kalau kita bagi wang kepada orang, itu sedekah namanya,
Semua orang tahu,
Kita bagi senyuman kepada orang dianggap sedekah,
Kita bermesra dengan orang dianggap sedekah juga,
Kita bagi tenaga menolong orang dianggap sedekah juga,
Kita memberi kemaafan dianggap sedekah juga,
Kita bertolak ansur dengan orang dianggap sedekah juga,
Kita bagi masa untuk kemudahan seseorang dianggap sedekah juga,
Kita beri nasihat kepada seseorang juga sedekah,
Kalau kita beri ilmu kepada seseorang dianggap sedekah juga,
Menunjuk jalan kepada seseorang yang sesat jalan dianggap sedekah,
Jadi sedekah itu bukan wang ringgit semata-mata,
Atau apa sahaja yang kita beri kepada seseorang
Yang menggembirakannya, itu sedekah,
Kadang-kadang sedekah yang merupakan wang ringgit
Cepat habis atau cepat dilupakan,
Tapi yang bersifat ilmu dan kemaafan,
Seumur hidup dikenang orang.


Fitnah Perempuan

Bismillahirrahmaanirrahim
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hendaklah kita berlindung dengan Tuhan,
Daripada fitnah perempuan,
Fitnah yang pertama:
Ialah dari pandangan,
Walaupun tujuan hendak berkenalan,
Selepas itu nafsu pun datang,
Kalau kita kuat mujahadah,
Sekali sekala terbayang-bayang,
Kalau tidak kuat mujahadah,
Teringat-ingat terutama waktu keseorangan,
Godaan pun datang,
Nafsu pun merangsang,
Terbayang-bayang didalam sembahyang,
Karena itulah kalau bertemu perempuan
Hendaklah mata ditundukkan,
Hati berkata kepada Allah :
"Aku berlindung dengan Engkau daripada fitnah perempuan",
Fitnah pertama adalah daripada pandangan,
Akhir sekali kalau Tuhan tak selamatkan,
Membawa kepada pertemuan,
Akhirnya kemuncak fitnah perempuan,
Berlaku penzinaan.


Kekayaan Iman,Taqwa Serta Ilmu Pengetahuan

Bismillahirrahmaanirrahim

Kalau engkau hendak meminta kekayaan daripada Tuhan,
Janganlah meminta kekayaan dengan uang, harta dan intan berlian,
Walaupun halal hisabnya, tapi Melambatkan kita ke Syurga,
Nikmat yang tiada tandingan,
Itu kalau halal mengikut Tuhan,
Kalau haram mengikut Tuhan,
Masuk ke Neraka azabnya tidak terperikan,
Kalau hendak meminta kekayaan dari Tuhan,
Mintalah kekayaan dengan iman dan ketaqwaan,
Dan kaya ilmu pengetahuan,
Terutama ilmu tentang hal ketuhanan,
Kekayaan itu menyelamatkan kita daripada azab Tuhan,
Bahkan dapat pangkat dan darjat di sisi Tuhan,
Kekayaan dengan iman dan ketaqwaan serta ilmu pengetahuan
Tidak susah menjaganya,
Orang tidak boleh mencurinya,
Pergi ke mana-mana tidak membeban dan tidak menyusahkan,
Tidak seperti kekayaan uang, harta, intan berlian,
Susah menjaganya daripada kebinasaan,
Mudah dicuri orang,
Bahkan karenanya nyawa terancam,
Kita pergi ke mana-mana tinggalkan rumah hati tidak senang,
Jangan-jangan dicuri orang,
Untuk bawa ke mana-mana menyusahkan serta membeban,
Kekayaan dengan harta Kalau kita mati waris yang kita tinggalkan
menjadi rebutan,
Kadang-kadang merebutkan pusaka hilang kasih sayang,
Renggang perpaduan bahkan bermusuhan sesama adik beradik,
Sekalipun kakak dan abang,
Tetapi kekayaan dengan iman ketaqwaan dan ilmu pengetahuan,
Tidak menjadi rebutan waris yang ditinggalkan,
Bahkan kekayaan itu boleh menjalinkan kasih sayang,
Boleh mengeratkan perpaduan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home